Lukis Jari Anda

27 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2018 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Aktiviti Softskills yang dengan melukis sebelah jari mereka. Aktiviti ini berobjektif penerapan nilai-nilai positif dalam kalangan peserta. Kelas ini diadakan pada selama 3 jam dari jam 1:30 hingga 4:30 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Dalam aktiviti ini, peserta dikehendaki melukis sebelah jari mereka. Kemudiannya, peserta perlu mengisi 5 ciri negatif dalam setiap jari yang mereka lukis. Dalam aktiviti ini, hanya peserta dan instructor sahaja yang tahu ciri negatif mereka. Setelah siap mengisi ciri-ciri negatif, mereka dikehendaki membaca dan mengamati ciri-ciri negatif yang telah mereka tulis. Kemudian peserta dikehendaki memberi ayat berlawanan dari negatif kepada positif. Setelah siap dan apabila disoal apakah mereka ingin berubah kepada seorang yang positif? Rata-rata peserta ini berubah kepada seorang yang positif.

Diakhir aktiviti, semua peserta diminta untuk berdiri dan melakukan 1 aktiviti dengan membaca BERUBAH KE ARAH POSITIF! YES! YES! YES! dengan penuh semangat. Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif. Diharapkan dengan aktiviti ini dapat dimanafaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali